- PENDAHULUAN
Dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran, terdapat banyak idea-idea Teori
Pembelajaran dalam membantu guru-guru menjalankan sesi tersebut
dengan berkesan. Setiap mata pelajaran, akan ada teori yang
bersesuaian dan berkesan dalam menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ideologi daripada Teori Pembelajaran Konstruktivisme
adalah pengaruh besar dalam pembelajaran mata pelajaran Sains.
Pengaruh
psikologi yang sangat menonjol melibatkan kemahiran berfikir terhadap
Sains semenjak 1980 adalah melalui sudut pandangan Konstruktivisme.
(Fensham, 1980). Berdasarkan kenyataan oleh Fensham itu, maka mata
pelajaran Sains sememangnya sesuai diajar di dalam kelas berdasarkan
konsep Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Menurut Borich dan Tombari
(1997), Konstruktivisme
ialah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang terhadap
murid-murid membina kefahaman sendiri terhadap apa yang dipelajari
dan mengaitkannya dengan apa yang mereka sedang pelajari iaitu antara
idea dan fakta.
Pendek kata, Konstruktivisme itu adalah ideologi ‘binaan’.
Secara amnya, ramai berpendapat dan berpandangan bahawa Sains hanya
boleh dipelajari melalui ujikaji untuk membuktikan hipotesis,
menghafal fakta dan teori di dalam makmal. Hasilnya, strategi
pengajaran Sains hanya berpusatkan guru sementara penglibatan murid
adalah terbatas. Aktiviti-aktiviti
pengajaran yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam
pembelajaran amat kurang digunapakai oleh guru-guru dalam sesi-sesi
pengajaran mereka. (Jemaah
Nazir Sekolah, 1992). Sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
berkesan apabila terdapat penglibatan murid-murid secara aktif
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru kerana proses
membina kemahiran dan menggunakannya merupakan antara konsep
pendidikan di sekolah rendah.
Teori
Konstruktivisme memberi keutamaan terhadap murid-murid dalam membina
pengetahuan berdasarkan proses psikologi yang aktif dengan membina
ilmu pengetahuan ke dalam struktur kognitif berasaskan pengalaman
sedia ada yang ada pada murid-murid. Melalui perspektif
Konstruktivisme, proses pembelajaran bermakna dan berkesan itu
terbina dengan sendirinya melalui murid-murid tersebut apabila
pengetahuan sedia ada mereka bertindakbalas terhadap maklumat yang
sedang dipelajari membentuk kefahaman dan makna. Oleh itu, melalui
pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran yang bermakna akan
diberi keutamaan selain penyusunan kurikulum dan konsep asas yang
menggalakkan murid-murid membuat penyiasatan dan penilaian dalam
mengemudi pembelajaran mereka. Pendekatan pembelajaran dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran merangsang murid-murid untuk membina
pengetahuan melalui pengalaman adalah Konstruktivisme, yang sangat
sesuai digunapakai dalam kelas atau darjah pengajaran mata pelajaran
Sains.
Terdapat
pelbagai kelebihan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
secara konstruktivisme ini bagi mata pelajaran Sains. Manfaat itu
bukan sahaja tertumpu kepada murid-murid, malahan kepada guru,
terutama sekali dalam mencapai objektif pengajaran, disamping
memberikan input yang banyak kepada murid-murid melalui apa yang
ingin disampaikan dalam isi pelajaran. Kesesuaian penggunaan konsep
konstruktivisme dalam Sains ini telah lama dipraktikkan dan sehingga
sekarang ia sesuai digunakan. Apatah lagi, sains memerlukan sokongan
logik dan fakta bagi membuktikan kebenaran, maka murid-murid akan
dapat manfaat di dalam pembelajaran secara konstruktivisme ini
melalui idea-idea sedia ada untuk dikaitkan dengan idea-idea yang
baru dipelajari. Malah, mata pelajaran Sains juga berkaitan dengan
penyelidikan yang inovatif. Murid
membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud (Briner
M., 1999).
- CIRI-CIRI PEMBELAJARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVISME
Di
antara ciri-ciri pembelajaran di dalam kelas berorientasikan Teori
Konstruktivisme ini ialah, murid-murid akan bertanya dan berdialog
dengan guru. Ciri ini juga berlaku di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran lain selain Sains. Namun, perbezaannya
ialah, soalan yang dikemukan adalah soalan terancang oleh guru kepada
murid berdasarkan topik pengajaran pada hari tersebut. Dalam
pengajaran Sains, soalan-soalan dikemukakan oleh murid-murid kepada
guru untuk mengetahui jawapan dan logika. Malah, murid-murid juga
akan berdialog dengan guru mengenai topik yang dipelajari agar
pengetahuan sedia ada murid terhadap apa yang dipelajarinya dapat
dicantumkan dengan isi pelajaran yang sedang dipelajarinya. Sebagai
contoh, dalam Proses Fotosentisis, murid sudah mengetahui bahawa
tumbuhan tanpa Karbon Dioksida atau cahaya matahari akan mengalami
perubahan dari sudut fisiologinya, namun, penerangan daripada guru
akan dapat menambahkan lagi pengetahuan dan kefahamannya terhadap
Proses Fotosentisis seperti tumbuhan akan hidup pada suatu jangka
masa namun mengalami perubahan fisiologi dan akan tetap mati selepas
itu walaupun setelah itu diberikan cahaya matahari dan Karbon
Dioksida.
Disamping
itu, strategi-strategi pengajaran yang digunakan oleh guru adalah
mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid dengan memperkembangkan
idea serta menyediakan cara supaya idea baru yang diperoleh adalah
senang untuk diterima oleh mereka. Oleh itu, penglibatan murid-murid
di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting
kerana dalam proses membina pengetahuan baru, murid-murid menggunakan
kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah, menjana idea serta
dalam membuat keputusan. Contohnya, dalam aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan seperti mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. Melalui
pengetahuan sedia ada yang telah ada pada murid, akan cuba mengaitkan
konsep yang difahaminya dengan pelajaran yang baru dipelajarinya
melalui beberapa cara seperti menyelesaikan masalah. Murid perlu
terlibat sepenuhnya terlebih dahulu dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran agar murid dapat mengaitkan konsep baru dengan konsep
sedia ada dalam memahami isi pelajaran.
Guru
juga akan memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk
menggunakan idea baru yang mereka perolehi sebaik-baiknya di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah, guru juga perlu mengambil
kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid-murid terhadap idea
baru yang mereka ada. Peluang ini penting agar murid-murid lebih
yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru. Contohnya, belajar topik baru memerlukan
murid-murid bijak menggunakan pengetahuan sedia ada dan idea yang
mereka ada untuk memahami konsep yang dipelajari. Murid juga akan
lebih memahami sesuatu topik itu apabila guru memberikan muri-murid
peluang seperti ini. Sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
juga akan menjadi lebih seronok serta tidak membosankan dengan hanya
guru yang lebih memainkan peranan tetapi kurang penglibatan oleh
murid-murid.
Selain
itu, kesedaran guru terhadap murid-murid di dalam situasi
pembelajaran dengan idea-idea dan pengetahuan terdahulu dan sedia ada
pada mereka akan digunakan oleh murid-murid tersebut untuk memahami
isi pelajaran. Guru akan menggalakkan dan malahan menerima daya usaha
dan autonomi murid-murid. Apabila murid-murid belajar dan mereka
sudah memahami konsep, maka ingatan atau memori terhadap konsep yang
difahami itu akan sentiasa diingat dan mereka akan mengaitkan
pengetahuan yang baru diterima atau dipelajari dengan pengetahuan
sedia ada, iaitu konsep yang sudah difahami tadi untuk membina
pengetahuan baru. Murid-murid perlu menggunakan data-data dan
bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong
mereka dalam menjana idea dan pengetahuan baru. Inisiatif oleh
murid-murid sendiri dalam mengemukakan soalan-soalan atau isu-isu
berkaitan sangat penting sebelum membuat analisis dan menjawab
soalan-soalan tersebut. Murid-murid sendiri akan bertanggungjawab
terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Semasa
berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran pula, matlamat
konseptual yang jelas dalam diri guru terhadap murid-murid dan
mempunyai kefahaman bagaimana murid-murid mesti mengaplikasi dan
melaksanakannya untuk mencapai objektif. Guru akan memberikan masa
secukupnya kepada murid-murid agar dapat membuat perkaitan idea-idea
mereka disamping menggalakkan pembelajaran koperatif dalam aktiviti
pembelajaran. Murid akan mencabar hipotesis yang telah dibuat
terlebih dahulu serta diberi galakan untuk melakukan pembelajaran
secara koperatif dengan membuat perbincangan. Guru perlu memberi
banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka melalui
perbincangan koperatif tersebut. Melalui pembelajaran koperatif ini
Kemahiran Sosial murid akan dapat ditingkatkan. Membantu mereka untuk
bekerjasama dengan orang lain iaitu murid-murid yang lain kerana
melalui proses ini, murid-murid akan berkomunikasi sesama mereka
selain bersama dengan guru.
- RANCANGAN PENGAJARAN
Berikut
adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Sains
Tahun 4 yang mempunyai ciri-ciri konstruktivisme serta berasaskan
Model Lima Fasa Needham.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4
Kelas
: Tahun 4
Tarikh
: 08 Ogos 2012
Hari
: Rabu
Masa
: 8.50 – 10.20pagi (90 minit)
Bilangan
Murid
: 30 orang
Bidang
Kajian
:
Menyiasat
bumi dan alam semesta.
Objektif
Umum
:
1.
Mengetahui tentang bentuk dan saiz matahari.
2.
Mengetahui bahawa matahari memancarkan cahaya dan haba.
Objektif
Khusus :
1.Menyatakan
matahari berbentuk sfera.
2.
Memperihalkan saiz matahari secara perbandingan dengan saiz bumi.
3.
Memperihalkan bahawa matahari memancarkan cahaya dan haba.
Tajuk
Pelajaran
:
Bentuk
dan saiz matahari serta mengetahui matahari memancarkan cahaya dan
haba.
Kaedah
:
Perbincangan.
Kemahiran
Saintifik :
Memerhati,
Mengelas, Berkomunikasi, Meramal, Membuat inferens
Kemahiran
Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK):
Mencirikan,
Membanding dan Membeza, Menganalisis, Menjana idea, Menghubungkait
dan Membuat kesimpulan.
Sikap
Saintifik dan Nilai Murni:
Minat
dan bersikap ingin tahu, fleksibel dan berfikiran terbuka,
bekerjasama dan yakin, memahami bahawa sains adalah satu cara
memahami alam.
Pengetahuan
Sedia Ada :
Murid
telah biasa melakukan beberapa aktiviti di bawah terik matahari
Objektif
Eksplisit :
Diakhir
sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
- Menyatakan bahawa matahari berbentuk sfera
- Menggambarkan saiz matahari
- Menyatakan matahari memancarkan cahaya dan haba
Sumber
Pengajaran dan Pembelajaran :
Gambar
Matahari, Lembaran kerja
FASA
|
ISI
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Orientasi
(5
minit)
|
|
|
KPS
KBKK
SSNM
BBM
|
Pencetusan
Idea
(25
minit)
|
|
|
KPS
KBKK
SSNM
|
Penstrukturan
semula idea
(35
minit)
|
|
|
KPS
KBKK
SSNM
|
Pengaplikasian
Idea
(20
minit)
|
|
|
KPS
KBKK
SSNM
BBM
|
Penutup
(5
minit)
|
|
|
SSNM
|
- ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN
Berdasarkan
sesi pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam
kelas, Rancangan Pengajaran yang telah saya buat menerapkan beberapa
ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme. Oleh kerana
pembelajaran konstruktivisme menyediakan bilik darjah yang
menggalakkan murid-murid mengeluarkan pendapat lalu membincangkan
idea yang mereka ada, maka Kaedah pembelajaran melalui perbincangan
berkumpulan akan dapat membantu murid-murid dalam membentangkan
idea-idea yang berkaitan dengan tajuk perbincangan seterusnya
membincangkan idea-idea mereka sama ada bersesuaian atau tidak dan
sama ada idea tersebut penting atau tidak. Setelah selesai
perbincangan, murid-murid akan membentangkan dapatan perbincangan
tersebut di dalam kelas, yang mana aktiviti ini memupuk sikap
keberanian dan keyakinan diri murid-murid. Apabila aktiviti ini
dijalankan, maka murid-murid daripada kumpulan lain akan memberikan
soalan kepada kumpulan yang membentang untuk dijawab. Seperti juga
dalam pembelajaran konstruktivisme, aktiviti ini merangsang
murid-murid mengeluarkan pendapat atau idea-idea mereka sendiri sama
ada bersetuju atau tidak dengan idea kumpulan lain dan akan
membincangkan setiap idea yang mereka ada.
Melalui
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran
Saintif dan Nilai Murni (SSNM) pula, murid akan digalakkan dalam
penggunaan Kemahiran Berfikir yang lebih, terutama sekali dalam
mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai matahari, iaitu
mereka sudah biasa melakukan sesuatu kerja di bawah terik matahari
kemudian mengaitkan pula pengetahuan atau idea tersebut melalui KBKK
dan SSNM di dalam Rancangan Pengajaran Harian ini untuk mengetahui
dan memahami mengenai matahari. Guru menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif bagi mencambahkan lagi pengetahuan murid-murid berdasarkan
KBKK dan SSNM mereka. Murid akan menerangkan idea-idea mereka dan
guru akan menilai, menghargai dan mengiktiraf idea-idea murid. Dalam
pembelajaran koperatif juga, guru akan mencabar murid untuk memberi
penerangan yang lebih tepat dan jelas lagi mengenai idea-idea mereka
berdasarkan analisis, banding beza, pencirian , hubungkait dan
kesimpulan daripada KBKK yang mereka lakukan.
Dalam
fasa Orientasi, guru mengemukakan soalan kepada murid berdasarkan
gambar matahari. Dengan soalan-soalan yang diberikan oleh guru serta
berdasarkan gambar matahari, murid-murid akan berkomunikasi dengan
guru untuk menerangkan secara ringkas mengenai gambar. Penerangan
ringkas oleh murid itu adalah melalui pembelajaran konstruktivisme
yang dirangsang oleh KBKK murid dengan menjana idea yang sudah sedia
ada dengan pengetahuan baru sebelum membuat kesimpulan mengenai
gambar. Apabila guru mengaitkan jawapan-jawapan murid dengan isi
pembelajaran, maka murid akan lebih bersedia dan lebih seronok untuk
meneruskan sesi pembelajaran kerana mereka diberi peluang untuk
berkomunikasi dengan guru seterusnya diberi ruang dan peluang untuk
menyatakan idea-idea mereka melalui jawapan yang diberi. Guru juga
menggalakkan jawapan-jawapan murid, yang merupakan idea-idea mereka
untuk digunakan sebagai panduan di dalam merancang sesi pengajaran
dan pembelajaran.
Manakala
dalam Fasa Pencetusan Idea, berdasarkan konsep konstruktivisme, guru
mengadakan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan. Pembelajaran
secara koperatif ini akan membantu murid-murid mencambah idea-idea
baru untuk didebatkan dengan murid-murid menganalisis, menjana
ideamencirikan sebelum membuat keputusan untuk menerima idea-idea
tersebut. Melalui Kemahiran Proses Sains (KPS), murid-murid akan
berkomunikasi antara satu sama lain selain dengan guru bagi
meningkatkan lagi Kemahiran Sosial mereka. Perbincangan mengenai
fungsi matahari kepada hidupan di bumi juga membolehkan murid-murid
mengaitkan idea-idea yang sedia ada daripada mereka seperti untuk
mengeringkan pakaian yang dijemur dan melakukan kerja-kerja yang
tidak dapat dilakukan pada waktu malam seperti petani dan peladang,
akan dianalisis oleh murid kemudian berdasarkan idea-idea tersebut,
murid mengaitkan dengan fungsi-fungsi yang baru diperolehinya
seperti, untuk kehidupan, untuk kepentingan dalam pelbagai bidang
seperti pertanian, perikanan, perlombongan dan sebagainya.
Selain
itu, guru juga akan meneruskan kaedah pembelajaran secara koperatif
dalam Fasa Penstrukturan Semula Idea. Dalam fasa ini murid diminta
melukis keadaan persekitaran bumi sekiranya tidak ada cahaya dan haba
dari matahari sampai ke bumi. Dengan idea-idea dan pengetahuan sedia
ada murid-murid terhadap fungsi matahari kepada hidupan di bumi, maka
mudahlah bagi murid-murid untuk menggambarkan dan menjana idea dengan
idea-idea tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan baru.
Contohnya, murid mengetahui bahawa matahari merupakan sumber di dalam
kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Maka keadaan persekitaran
bumi akan dapat dibayangkan dan digambarkan oleh murid-murid melalui
lakaran mereka. Aktiviti ini merangsang murid menggunakan idea-idea
mereka untuk digunakan melalui pencirian, hubungkait, menjana idea
dan membuat kesimpulan melalui KBKK dan seterusnya berkomunikasi
dengan ahli-ahli kumpulan yang lain selain berkomunikasi dengan guru
berkaitan idea-idea yang ada.
Akhir
sekali, melalui Fasa Penutup, guru akan membuka sesi soal jawab
kepada murid-murid yang mana sesi ini merupakan antara ciri-ciri
pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kelas. Guru menggalakkan
dan merangsang murid-murid bertanya soalan yang meragukan kepada
murid terhadap isi pelajaran selain berdialog dengan guru. Guru perlu
mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid-murid
kerana guru merupakan fasilitator yang akan membantu murid dalam
membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Situasi ini akan
membina keyakinan dan keberanian murid dalam berkomunikasi sekaligus
dapat membantu meningkatkan Kemahiran Soaial murid-murid.
- RUMUSAN
Pengajaran
secara konstruktivisme sebenarnya mendidik murid-murid agar lebih
berdikari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sains. Pendekatan
berasaskan guru akan dikurangkan serta-merta kerana sesi pengajaran
dan pembelajaran yang bercirikan konstruktivisme lebih kepada
pendekatan berasaskan murid sepenuhnya manakal guru hanya sebagai
pemudahcara atau pembimbing dan fasilitator. Walaubagaimanapun, tugas
guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme
juga sangat penting kerana guru adalah pencetus dalam membantu
murid-murid mendapatkan pengetahuan atau idea-idea baru untuk
dikaitkan dengan idea-idea dan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Malah, pengetahuan yang dimiliki oleh murid-murid melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme itu adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid sendiri dan bukan
pengajaran yang diterima secara pasif. Selain itu, pembelajaran
secara konstruktivisme ini menjadikan murid-murid lebih inovatif
kerana guru akan menggalakkan murid melalui proses inkuiri penemuan
berdasarkan kajian-kajian dan eksperimen-eksperimen yang dilakukan,
iaitu dalam mata pelajaran Sains. Malah, murid menjadi lebih kreatif
dan kritis kerana pembelajaran konstruktivisme ini mementingkan
Kemahiran Berfikir. Disamping itu, melalui corak pembelajaran ini
juga, murid-murid akan lebih memahami dan mengingati sesuatu konsep
yang dipelajari seterusnya mampu menjadikan situasi pembelajaran
Sains lebih seronok dan tidak membosankan.
Walaupun
di dalam pembelajaran konstruktivisme terdapat beberapa kekurangan,
namun dalam pengajaran mata pelajaran Sains, kaedah pembelajaran
konstruktivisme adalah lebih sesuai untuk dipraktikkan. Malahan,
kekurangan tersebut perlu dianggap sebagai satu cabaran yang perlu
diatasi oleh guru-guru Sains khasnya. Manfaat paling utama dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran Sains adalah pemahaman dan penguasaan
konsep dikalangan murid-murid dan kepada guru pula, pencapaian
terhadap objektif pengajaran Sains dapat disampaikan kepada
murid-murid, apatah lagi dalam mata pelajaran Sains, banyak
eksperimen yang perlu dilakukan maka, tanpa pengalaman sendiri, murid
pasti sukar untuk memahami konsep seterusnya sukar untuk
mengingatinya. Guru pula boleh menjadikan sesi soal jawab sebagai
salah satu cara penerangan bagi menambah kefahaman murid-murid.
No comments:
Post a Comment