Myself

Myself

Wednesday, 28 November 2012

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer - Tugasan HBEF3103

Soalan 1

1.1 PENGENALAN

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer, pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer. Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun, penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu bersesuaian.
Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid serta guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang digunakan itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan keharmonian. Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut samaada bersesuaian atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu mempengaruhi sejauh mana murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.






1.1.1 Simplisiti
Sesuatu rekaan grafik yang mudah dan senang difahami untuk menjelaskan makna yang ingin diterangkan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti

Rajah yang digunakan di dalam gambar tersebut senang difahami dan diketahui bentuknya kerana adanya elemen simplisiti yang ringkas dan mudah, membolehkan murid mengetahui nama bentuk tersebut. Setiap bucu pada rajah tersebut ditandakan dengan warna merah bagi memudahkan serta mempercepatkan murid membuat pengiraan jumlah bucunya. Warna pada setiap bucu tersebut juga berlawanan dengan warna latar dan garisan rajah. Garisan pada rajah tersebut pula menggunakan garisan tebal berwarna hitam serta latar berwarna putih yang membantu rajah tersebut timbul dan terang. Penggunaan gambar tersebut memudahkan murid melihat dan senang untuk guru menyampaikan isi pelajaran yang ingin diajar. Murid turut dapat meneka objek tersebut dengan mudah.




Contoh gambar yang menerapkan elemen simplisiti

Rajah yang digunakan di dalam gambar, walaupun tidak menggunakan objek sebenar, tetapi dapat ditafsirkan oleh murid sebagai objek 3 dimensi. Elemen simplisiti dalam objek tersebut membantu murid meneka rajah tersebut kerana penggunaan garisan lurus hitam putus-putus sebagai tanda bahawa rajah tersebut di dalam bentuk 3 dimensi, iaitu sebagai bayang-bayang kerana garisan tersebut terlindung di belakang. Penggunaan warna hitam pada garis lurus di bahagian hadapan pula menandakan bahawa garisan tersebut dapat dilihat dengan jelas dari bahagian hadapan. Garisan yang digunakan pula ialah garisan tebal berwarna hitam dan mempunyai kontra dengan warna latarnya. Elemen simplisiti yang terdapat pada gambar di atas telah membantu sesi pengajaran dan pembelajaran guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik.







1.1.2 Dominan
Rekaan grafik yang mengandungi titik tumpuan. Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) menyatakan bahawa titik tumpuan manusia lebih tertumpu pada sudut atas sebelah kiri dengan 40% penglihatan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan

Gambar yang dipaparkan mengandungi elemen dominan kerana tumpuan lebih terarah pada sudut atas sebelah kiri gambar tersebut, berbanding pada sudut-sudut lain. Berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), perhatian penglihatan adalah lebih tertumpu di sudut atas sebelah kiri, berbanding daripada tempat-tempat lain. Penumpuan penglihatan tersebut adalah disebabkan oleh keinginan untuk mengetahui apakah objek sebenar yang dipaparkan di dalam gambar tersebut. Malahan, penggunaan warna yang berbeza dan berlawanan, serta bentuk yang yang terdapat di dalam gambar tersebut juga berlawanan bagi mendapatkan impak yang dilihat dan lebih menonjolkan perbezaan.




Contoh gambar yang menerapkan elemen dominan

Elemen dominan di dalam gambar ini terletak pada penggunaan warna dan juga saiz kedua-dua objek tersebut, iaitu kontra. Walaupun bentuknya hampir sama, namun penumpuan penglihatan adalah tetap sama,berdasarkan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Three), iaitu pada sebelah kiri di bahagian atas, berbanding pada bahagian-bahagian lain. Secara tidak langsung, pemerhati gambar tersebut boleh terkeliru sekiranya soalan yang diajukan meminta dinyatakan objek sebelah manakah yang mempunyai bentuk sfera terletak di dalam bulatan-bulatan sfera itu yang lebih besar. Ini kerana titik tumpuan berada pada sebelah kiri, menyebabkan tumpuan penglihatannya lebih tertumpu di sebelah kiri.









1.1.3 Pola
Susunan yang menarik untuk mengekalkan perhatianserta mencari maksud di sebalik objek yang dipaparkan.

Contoh gambar yang menerapkan elemen pola

Susunan objek segitiga pada gambar diatas mengandungi elemen pola kerana ia disusun dengan kemas dan samarata serta menarik perhatian. Susunan pada objek yang terdapat di dalam gambar sangat penting kerana ia berupaya menarik penglihatan mata ke arah objek utama. Penggunaan bentuk geometri digunakan di dalam paparan gambar tersebut. Selain itu, penyusunan objek yang teratur juga membolehkan mata akan tertumpu pada item utama gambar di atas, iaitu segitiga bersaiz besar.







Contoh gambar yang menerapkan elemen pola

Susunan warna yang terdapat pada gambar di atas sudah mampu menarik perhatian. Elemen pola yang wujud di dalam gambar tersebut mampu menggerakkan penglihatan kepada keseluruhan gambar mengikut arah yang betul. Penglihatan akan bergerak dari mula warna tersebut terbentuk sehinggalah ke titik akhirnya. Warna yang menarik pada gambar tersebut turut menarik perhatian dan membuatkan pemerhatinya berfikir apakan maksud yang terkandung di dalam gambar tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya membantu murid berfikir secara kritis dan kreatif untuk mencari maksud disebalik gambar tersebut.










1.1.4 Seimbang
Pembahagian secara sama dan tidak sama (bisymmetrical and asymmetrical) pada bahan grafik, namun berbeza pada bentuk kandungannya.

Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang

Objek yang terdapat di dalam gambar di atas telah dibahagikan sama rata dari semua sudut. Walaupun penggunaan warna yang pelbagai, namun kesamaan pada taburan dan susunan warna pada objek tersebut di setiap sudut samaada atas, bawah, kiri dan kanan adalah samarata. Ini menunjukkan bahawa wujud prinsip seimbang di dalam gambar tersebut.









Contoh gambar yang menerapkan elemen seimbang

Walaupun objek-objek yang terdapat di dalam gambar di atas tidak tersusun dari segi saiz dan bentuk, namun secara amnya elemen seimbang tetap ada, kerana elemen seimbang yang terdapat di dalam gambar tersebut adalah seimbang tidak formal. Penggunaan garisan yang berwarna cerah dan terang pada setiap objek menyerlahkan lagi bentuk rajah tersebut. Susunan pelbagai bentuk rajah-rajah tersebut juga teratur dan seimbang. Walaupun objeknya tidak diwarnakan dengan warna yang terang agar lebih menyerlahkan lagi bentuknya, namun garisan berwarna yang digunakan sangat sesuai dan menonjolkan bentuk objek tersebut. Murid juga akan dapat meneka serta menamakan setiap rajah yang terdapat di dalam gambar tersebut.








1.1.5 Variasi
Sebagai penguat dan penyokong pada pola dalam meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu visual

Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi

Elemen variasi yang terdapat di dalam gambar di atas dapat dilihat melalui susunan dan penggunaan pelbagai bentuk pada objek. Urutan kepelbagaian bentuk pada objek itu akan membuatkan pemerhatinya tidak merasa bosan. Dari segi saiz dan tekstur setiap objek juga turut berbeza. Setiap rajah juga mempunyai elemen simplisiti. Selain itu, terdapat juga nilai kontras dan dimensi.








Contoh gambar yang menerapkan elemen variasi

Gambar yang menggunakan objek seolah-olah bergerak dan hidup akan menimbulkan minat pemerhati untuk melihat gambar tersebut. Walaupun penggunaan bentuk pada objek adalah sama, namun gambar tersebut dari segi dimensi dan susunannya adalah menepati konsep variasi. Malah, gambar tersebut juga seolah-olah bergerak dan hidup apabila diperhatikan.












1.1.6 Harmoni
Konsep visual yang mampu menimbulkan rasa keyakinan dan menarik minat untuk dilihat.

Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni

Keharmonian pada gambar di atas adalah melalui adunan kekemasan dan simplisitinya. Walaupun ringkas, namun ia mampu menarik perhatian. Penggunaan warna latar yang kontras dengan warna nombor mampu menonjolkan nombor tersebut. Perhiasan seperti kelopak bunga dan daun turut menarik kerana warna yang digunakan juga terang, berlawanan dengan warna latar.









Contoh gambar yang menerapkan elemen harmoni

Papan tanda tersebut terletak di kawasan yang sangat menarik, dengan berlatarbelakangkan kehijauan alam. Dari segi simplisiti, nombor yang digunakan adalah berlawanan warnanya dengan warna latar menyebabkan nombor tersebut lebih terang dan menonjol. Penggunaan garisan tebal pada nombor juga dapat menonjolkan nombor tersebut serta mampu dilihat dari jarak yang agak jauh.
Penggunaan bahan berbantukan komputer di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pasti akan lebih menarik sekiranya prinsip-prinsip reka bentuk visual itu wujud di dalam bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru. Hal ini kerana, prinsip-prinsip reka bentuk visual akan mampu menarik perhatian murid untuk lebih fokus di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.







Soalan 2

2.1 PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan perkembangan daya intelek individu agar diberi keutamaan berserta dengan perkembangan rohani, emosi dan jasmani, maka penting bagi setiap guru merangsang daya pemikiran murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada elemen utama di dalam kurikulum sekolah. Melalui kemahiran berfikir yang diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat mewujudkan daya berfikir yang baik dan berkesan selain dapat mengelak daripada melakukan kesilapan di dalam berfikir. Secara amnya, kemahiran berfikir terdiri daripada dua iaitu, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Dalam kemajuan penggunaan teknologi media massa ketika ini, bidang pendidikan tidak ketinggalan untuk turut sama dalam memanfaatkan kecanggihan pelbagai gajet dan saluran yang tersedia bagi menyediakan dan melengkapkan murid-murid dengan arus globalisasi yang semakin hebat gelombangnya.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer, guru perlu bijak mencari laman web yang mampu merangsang minda murid-murid agar mereka didedahkan dengan kemahiran berfikir secara langsung ataupun tidak langsung. Pemilihan laman web yang bersesuaian dengan aras dan objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan agar sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dapat mencapai objektif serta mudah diikuti oleh murid-murid. Saya telah memilih laman web www.kidsmathgamesonline.com sebagai medium tambahan dalam mengajar matapelajaran matematik, yang berbantukan komputer. Laman web tersebut juga menepati kehendak saya sebagai guru matapelajaran matematik kerana terdapat beberapa ciri-ciri reka bentuknya yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid seperti pelbagai soalan yang disediakan dan permainan yang diwujudkan mampu merangsang kemahiran berfikir murid-murid. Gambar di bawah adalah contoh homepage laman web tersebut.








2.2 Ciri-ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir
Ciri yang pertama dan paling utama ialah, mempunyai permainan. Permainan yang disediakan di dalam laman web tersebut, bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkaitan dengan topik yang terdapat di dalam buku teks KBSR. Permainan yang diwujudkan juga mampu merangsang kemahiran berfikir murid dalam menjawab soalan-soalan yang disediakan. Di dalam kemahiran berfikir, terdapat dua bahagian utama yang perlu didedahkan kepada murid, iaitu secara kritis dan secara kreatif. Melalui permainan matematik yang terdapat di dalam laman web www.kidsmathgamesonline.com ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir yang dirangsang melalui permainan yang diwujudkan secara lebih praktik lagi, malah permainan-permainan yang ada juga dapat meningkatkan kualiti pemikiran murid. Sebagai contoh, dalam salah satu permainan dalam laman web tersebut berkaitan dengan topik shape and space. Murid diminta menganalisis bentuk pepejal dalam 2 dan 3 dimensi, kemudian meletakkannya di dalam ruang yang disediakan yang mempunyai nama-nama bagi bentuk pepejal tersebut. Gambar di bawah adalah contoh permainan tersebut.
Seterusnya,ciri kedua pula ialah, laman web www.kidsmathgamesonline.com ini juga mempunyai topik yang berkaitan dengan sukatan pelajaran. Dengan adanya topik-topik yang berkaitan, maka mudahlah bagi seseorang guru itu untuk mengadakan sesi soal jawab bersama murid tentang perkara-perkara yang tidak difahami. Secara tidak langsung, sesi tersebut melibatkan pembelajaran koperatif iaitu dari sudut interpersonal murid. Sesi ini mampu merangsang kemahiran berfikir murid dengan mengajukan beberapa soalan yang tidak difahami. Oleh itu, murid dapat memperkembangkan kecerdasan logik matematik mereka dengan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkaitan matematik. Sekiranya aktiviti dilakukan secara berkumpulan, maka lebih banyak lagi idea yang dapat dikumpulkan oleh murid. Ini kerana, melalui perkongsian idea secara berkumpulan ini juga maka murid-murid akan dirangsang dengan menggunakan kemahiran aras tinggi, iaitu merancang dan menjana idea.
Ciri yang ketiga ialah, laman web ini turut menyertakan banyak latihan-latihan berkaitan topik yang diajar. Tidak kira samaada latihan latih tubi mahupun latihan pengukuhan yang dapat membantu merangsang kemahiran berfikir murid-murid. Melalui latihan-latihan yang disediakan di dalam laman web ini juga, murid akan dapat menggabungkan kemahiran berfikir mereka, iaitu gabungan aras rendah dan tinggi. Sebagai contoh, dalam soalan yang melibatkan formula dan kaedah hafalan untuk mendapatkan jawapan, kedua-dua kemahiran tersebut digunakan oleh murid untuk menjawab soalan-soalan di dalam latihan tersebut. Dalam kemahiran berfikir aras rendah, kaedah hafalan dan mengingat formula merupakan merupakan salah satu daripada contohnya manakala penggunaan pemikiran yang luas dan mendalam pula, terutamanya soalan aras tinggi, murid akan terangsang untuk menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kecerdasan murid dalam bidang logik seperti mata pelajaran matematik juga dapat dikembangkan.

Ciri yang keempat pula ialah, adanya soalan penyelesaian masalah. Soalan jenis penyelesaian masalah adakalanya terlalu sukar bagi murid untuk dijawab. Namun, melalui laman web www.kidsmathgamesonline.com ini, penggunaan grafiknya yang menepati prinsip reka bentuk visual seperti dari segi simplisiti dan variasi, soalan-soalannya menjadi lebih mudah untuk dijawab. Malah, menarik minat murid. Secara tidak langsung, dengan adanya soalan jenis penyelesaian masalah ini, maka murid-murid dapat menggunakan serta meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Murid akan membuat analisis seperti membanding, membeza, mengelas, menilai, menyusun atur dan mentafsir. Melalui analisis yang dibuat untuk menjawab soalan tersebut, murid dapat menjana idea mereka untuk mendapatkan jawapan. Gambar di bawah merupakan salah satu daripada contoh soalan penyelesaian masalah mata pelajaran matematik.

Ciri yang kelima ialah, laman web ini tidak hanya tertumpu kepada satu jenis mata pelajaran sahaja. Di dalam laman web www.kidsmathgamesonline.com ini juga terdapat mata pelajaran lain seperti sains. Dengan adanya mata pelajaran lain, maka kemahiran berfikir murid dapat dikembangkan melalui kepelbagaian kecerdasan. Adakalanya sesuatu soalan itu dibuat berdasarkan sesuatu fakta seperti berdasarkan fakta sains. Oleh kerana laman web ini mempunyai pautan dengan mata pelajaran sains, maka mudahlah bagi murid untuk mengakses masuk ke pautan yang disediakan, iaitu di dalam mata pelajaran sains bagi mencari maklumat serta mengesahkan maklumat yang diberi atau dicari adalah betul. Dengan cara itu, maka kemahiran berfikir murid dapat ditingkatkan kerana murid akan dirangsang berfikir melalui fakta yang terdapat pada soalan yang ingin dijawab, serta mencari maklumat pada pautan yang disediakan, bagi mengesahkan sumber maklumat yang ada. Maka dengan itu, murid telah membuat analisis untuk membuat keputusan sebelum menyelesaikan masalah pada soalan yang berkaitan.
Ciri yang keenam pula ialah, laman web ini mengandungi pelbagai isi kandungan yang mampu merangsang dan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Kepelbagaian lembaran kerja yang boleh dicetak, fakta-fakta yang berkaitan dengan topik-topik yang berkaitan malah dalam mata pelajaran matematik pula disediakan paparan video untuk menyelesaikan sesuatu soalan seperti operasi asas tolak, tambah, bahagi dan darab serta pecahan. Dengan adanya perisian dan kandungan-kandungan tersebut, tugas guru untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid menjadi lebih mudah dengan bantuan laman web ini. Malah, murid lebih mudah menggunakan kemahiran berfikir serta menggabungkan kemahiran berfikir mereka secara kritis dan kreatif.

Kepelbagaian laman web yang ada di internet pada masa ini sebenarnya membantu guru dalam memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran, selain daripada menjadikan sesi tersebut lebih menarik serta mampu menarik minat murid untuk lebih tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun, tidak semua laman web yang tersedia itu mengandungi bahan yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, sudah menjadi kelaziman di dalam tugas guru untuk memastikan, bahan yang dipilih melalui internet itu mempunyai kandungan yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid serta bijak menggunakan bahan tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran berfikir murid benar-benar dapat dirangsang. (2,516 patah perkataan)









No comments:

Post a Comment