PENGENALAN
Setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata pelajaran
akan memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berfungsi sebagai
alat pembantu kepada guru dalam mencapai objektif pembelajaran
seterusnya membantu murid-murid agar lebih memahami isi pelajaran
yang disampaikan oleh guru. Selain itu, BBM juga turut berfungsi
sebagai satu medium yang akan menarik perhatian dan minat murid untuk
terus menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berlangsung. Seperti mana kita sedia maklum bahawa, murid akan
mudah untuk berasa bosan, mengantuk malah kurang tumpuan sekiranya
sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung itu tidak menarik.
Sebagai guru, sudah menjadi tugas kita untuk merancang satu sesi
pengajaran yang menarik serta berkesan. Namun, dalam konteks
penggunaan bahan manipulatif sesi pengajaran dan pembelajaran
matematik pula, bahan-bahan manipulatif tersebut lebih kepada
bermotifkan untuk mencapai objektif pembelajaran seterusnya
menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam mata pelajaran matematik. Sepertimana yang telah dikatakan oleh
Sowell
1989, Suydam dan Higgins 1977
iaitu pembelajaran yang efektif terhadap konsep dan teknik matematik
ialah dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi. Maka, penggunaan
bahan-bahan manipulatif seperti attributes block, colorful unifix
cubes, kiub saling pautan dan bongkah atau blok kayu adalah sangat
penting. Ini kerana, ia bukan sahaja sebagai BBM tetapi juga sebagai
satu teknik yang digunakan oleh guru agar murid dapat menguasai atau
sekurang-kurangnya menguasai konsep sesuatu topik matematik yang
diajarkan.
Bahan
manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan
konsep matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh
disentuh dan digerakkan oleh murid-murid, Heddens (2005). Ironinya,
penggunaan bahan manipulatif ini dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai
satu kaedah dalam membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih
bermakna. Penggunaannya juga malah turut membantu dalam pembinaan
imej mental yang lebih jelas dalam memahami idea-idea dan
konsep-konsep matematik, Weiss (2006). Manakala Swan dan Marshall
(2010) pula menyatakan bahawa bahan manipulatif matematik merupakan
objek yang dikendalikan individu melalui deria iaitu pemikiran
matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak.
Penggunaan deria tersebut ialah deria sentuh dan lihat dan bahan
manipulatif ini mampu mendorong ke arah kesedaran, pembangunan konsep
dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap bahan
manipulatif yang direka itu mempunyai kegunaan dan tujuan khas atau
tersendiri berdasarkan topik yang diajar. Antara contoh-contoh bahan
manipulatif yang lazim digunakan ialah:
Gambar
1 : Attribute blocks
Gambar
2 : Base Ten Blocks
Gambar
3 : Cuisenaire Rods
Gambar
4 : Multilinks Cubes
Gambar
5 : Pattern blocks
Gambar
6 : Polydron shape
Gambar
7 : Square Tiles
Gambar
8 : Geoshapes
Selain
itu, para pengkaji juga turut sependapat bahawa penggunaan
bahan-bahan manipulasi atau bahan maujud ini secara berterusan dalam
jangka masa yang panjang dalam pembelajaran membawa kesan positif
dalam matematik terutamanya dalam pencapaian murid-murid (Sowell
1989, Suydam and Higgins 1977).
Di bawah tajuk berkaitan pengajaran matematik berasaskan bahan-bahan
manipulasi ini, saya akan menyatakan beberapa peranan serta kesan
penggunaan bahan-bahan tersebut selain pemilihan beberapa topik mata
pelajaran Matematik Tahun 2 sekolah rendah yang akan saya kaitkan
dengan penggunaan bahan-bahan manipulasi tersebut. Sebagai seorang
pendidik, kreativiti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu
adalah sangat penting agar murid lebih memahami seterusnya menguasai
isi pelajaran dengan lebih baik lagi. Ini kerana, pembelajaran
berdasarkan bahan-bahan manipulasi ini adalah sebagai satu pakej yang
memberikan pengalaman kepada murid untuk menguasai konsep matematik
dengan lebih baik lagi, terutamanya di kalangan murid-murid sekolah
rendah berumur 7 – 11 tahun yang masih berada di dalam peringkat
operasi konkrit (Jean
Piaget, 1954).
PERANAN
DAN KESAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN MANIPULATIF DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MATEMATIK BERDASARKAN TOPIK YANG DIPILIH
Saya
memilih 2 topik daripada Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah
Tahun 2 sebagai topik pilihan untuk melihat sejauh mana bahan-bahan
manipulasi ini sesuai digunakan selain peranan serta kesan
penggunaannya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran matematik di
dalam bilik darjah. Bahan Manipulatif merupakan kunci keberkesanan
kepada pengajaran terhadap kanak-kanak, terutamanya mata pelajaran
matematik. Apatah lagi ia berdasarkan kepada teori oleh Jean Piaget
(1952), yang menyatakan bahawa kanak-kanak memerlukan pengalaman
konkrit untuk memahami istilah dan simbol matematik. Kanak-kanak yang
berada di sekolah rendah berumur antara 7 – 11 tahun umumnya berada
dalam kategori Peringkat Operasi Konkrit. Pemikiran mereka adalah
secara abstrak dan hypotetikal serta belum terbina sepenuhnya dan
oleh sebab itulah kesemua bahan manipulatif itu dicipta dengan
mempunyai fungsinya tersendiri untuk konsep matematik yang berlainan.
Berbeza
dengan BBM, bahan manipulatif merupakan alat atau bahan yang bersifat
konkrit atau maujud dengan penglibatan penggunaan tangan atau
sentuhan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat
dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid yang berada
dalam kategori pra operasi yang baru sahaja mula membina pengetahuan
dan konsep matematik secara langsung atau tidak langsung.
Topik
: Nombor bulat hingga 1000
3
=
Berdasarkan
topik ini, murid akan mempelajari perkara-perkara asas berkaitan
dengan nombor. Bermula dengan mengenali iaitu menamakan dan
menentukan nilai nombor, menulis nombor, nilai tempat, membundar,
menambah dan menolak. Untuk mengenali konsep nombor, guru perlu
mempastikan agar murid dapat memahaminya sebelum beralih kepada tajuk
yang lain. Konsep matematik dalam mengenali nombor ialah seriasi dan
padanan satu dengan satu secara logik. Guru perlu menunjuk cara
kepada murid bagaimana untuk melakukan seriasi terhadap nombor yang
diberikan oleh guru. Contohnya dengan menggunakan kad gambar dan kad
nombor, untuk nombor 3 murid akan memadankannya dengan 3 jenis objek
yang sama atau berlainan jenis yang terdapat pada kad gambar asalkan
jumlahnya adalah 3. Kita lihat contoh gambar di bawah :
Selain
itu, guru juga boleh menggunakan pelbagai bahan manipulatif yang ada
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk topik ini. Bagi
contoh di atas, guru boleh menggunakan kad nombor dan menggunakan
bahan maujud atau bahan manipulatif seperti guli, gula-gula, bola
ataupun Attribute Blocks. Jika menggunakan Attribute blocks pula,
murid boleh menggunakan blok yang sama bentuk atau blok yang berbeza
warna asalkan jumlahnya adalah sama dengan nombor yang disebutkan
oleh guru atau yang terdapat pada kad nombor.
Guru
juga boleh menggunakan Polydron Shapes untuk membentuk sesuatu nombor
atau membentuk jumlah nombor yang mewakili nilainya menggunakan
polydron. Dengan menggunakan pelbagai jenis bahan manipulatif, guru
akan dapat melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan topik ini.
Guru boleh mengadakan kuiz dan juga permainan agar murid dapat
memahami konsep mengenali nombor. Berdasarkan penggunaan bahan
manipulatif ini juga, murid akan lebih memahami serta dapat
mengaplikasi konsep ini dalam hidup seharian. Ini kerana, murid dapat
melakukan aktiviti pembelajaran dengan sendirinya melalui sentuhan.
Oleh itu, mudah bagi murid tersebut untuk mengaplikasi dan memahami
konsep kerana dia melakukannya sendiri. Ada perbezaannya jika guru
menggunakan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
berbanding hanya menggunakan teknik soal jawab. Oleh kerana murid
pada tahap umur 7 tahun hingga 11 tahun adalah dalam peringkat
operasi konkrit, iaitu pemikiran berdasarkan situasi, maka pengajaran
menggunakan bahan manipulatif adalah sangat bersesuaian dan guru akan
dapat menilai pencapaian murid di akhir sesi pembelajaran sama ada
objektif pembelajarannya dapat dicapai atau tidak.
Topik
: Jisim
Dalam
topik ini pula, berdasarkan Sukata Pelajaran Matematik Tahun 2, murid
akan belajar tentang sukatan dan geometri iaitu murid akan berkenalan
dengan unit piawai yang digunakan untuk mengukur sesuatu jisim. Murid
juga akan belajar dan melakukan aktiviti menimbang dan merekod berat
sesuatu jisim menggunakan unit piawai yang sesuai contohnya untuk
menyukat berat sesuatu jisim, unit gram (G) dan kilogram (KG) akan
digunakan. Seperti biasa, sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
topik ini akan menjadi lebih menarik jika guru menggunakan bahan
manipulatif yang ada agar pembelajaran tersebut menjadi lebih
berkesan manakala murid akan lebih memahami konsep topik ini iaitu
menyukat dan merekod jisim. Untuk menyukat jisim, guru akan
menggunakan bahan manipulatif seperti di dalam gambar dibawah ini :
Gambar
9 : Alat penimbang berat
Dengan
menggunakan bahan manipulatif di atas, iaitu Alat Penimbang Berat,
murid bukan sahaja dapat merasai pengalaman dalam melakukan aktiviti
pembelajaran seperti menyukat atau menimbang tetapi juga tahu cara
menggunakan alat tersebut. Murid juga akan memahami konsep
mempelajari topik ini. Alat ini turut berperanan sebagai BBM dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran malah lebih sesuai digunakan
oleh murid-murid tahap satu iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Guru juga
dapat membantu meningkatkan kemahiran kognitif murid kerana dengan
menggunakan alat tersebut, murid berpeluang belajar melalui
pengalaman atau learning by doing.
KESESUAIAN
AKTIVITI DAN KESAN PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF
Saya
memilih untuk menggunakan bahan manipulatif Pattern Blocks untuk
mengajar topik Nombor bulat hingga 1000 untuk Standard Pembelajaran
(ii) Menentukan nilai nombor hingga 1000, bahagian B iaitu memadankan
kumpulan objek dengan nombor. Sebelum itu, murid sudah pun
mempelajari dan mengetahui untuk membaca, menyebut dan memadan nombor
dalam angka dan perkataan. Aktiviti seperti meneka nombor dan meneka
nilai nombor dapat membantu murid menguasai konsep mengenali nombor
ini. Guru menggunakan kad nombor untuk menentukan nilai yang diingini
manakala murid pula menggunakan Pattern Blocks untuk dipadankan
dengan kumpulan objek atau jumlah yang mewakili nilai pada nombor
dalam kad nombor tersebut. Apabila jawapan murid betul, guru perlu
menukar nombor kad dan meminta murid melakukan perkara yang sama
sehingga murid boleh memahami konsep nombor. Kesan daripada aktiviti
ini ialah murid akan tahu dan boleh memadankan bilangan objek dengan
simbol nombor. Murid juga dapat menguasai aktiviti ini dalam tempoh
yang sekejap kerana bantuan penggunaan bahan manipulatif.
Selain
itu, penggunaan Square Tiles juga boleh membantu guru dalam aktiviti
pembelajaran untuk topik Nombor bulat hingga 1000 ini. Oleh kerana
konsep pengkelasan adalah merupakan peringkat yang paling asas dalam
kemahiran kognitif, guru boleh menggunakan bahan manipulatif untuk
aktiviti pengkelasan. Contohnya berdasarkan Standard Pembelajaran
(ii) iaitu Menentukan nilai nombor hingga 1000 di bawah bahagian B
iaitu Memadan kumpulan objek dengan nombor. Guru perlu menggunakan
bahan manipulatif yang sesuai kerana nilai yang akan dipelajari oleh
murid adalah sehingga nilai 1000. Maka, guru perlu menggunakan Base
Ten Blocks. Bahan tersebut akan digunakan untuk mewakili nilai yang
dikehendaki oleh guru. Jika guru menyebutkan nilai 500, maka murid
akan menggunakan Base Ten Blocks tadi untuk menyatakan nilai yang
diwakili oleh nombor yang disebutkan oleh guru. Bahan ini senang
digunakan walaupun jumlah yang disebutkan adalah melebihi 500 kerana
setiap satu blok diwakili oleh nilai-nilai yang berlainan antaranya
10, 50, 100 dan sebagainya lagi. Apabila murid telah melakukan
aktiviti ini iaitu teknik learning by doing, murid akan lebih
memahami konsep memadan kumpulan objek dengan nombor. Murid juga akan
dapat mengaplikasi kemahiran tersebut dengan baik.
Disamping
itu, guru juga boleh menggunakan bahan manipulatif seperti Pattern
Blocks untuk aktiviti melengkapkan sebarang rangkaian nombor. Oleh
kerana Pattern Blocks mempunyai banyak warna, guru perlu menyatakan
nilai sebiji blok setiap warna itu adalah berlainan. Contohnya warna
Biru bernilai 10, warna Merah bernilai 50 dan seterusnya. Murid akan
menyusun blok-blok tersebut mengikut kehendak soalan yang diberi oleh
guru. Dalam aktiviti ini, murid bukan sahaja dapat memahami konsep
susunan nombor tetapi juga dapat mengaplikasikannya ketika dalam
peperiksaan untuk menjawab soalan berkaitan.
Bagi
topik jisim, saya dapati bahawa aktiviti ini juga memerlukan kaedah
learning by doing. Ini kerana, murid perlu mengetahui penggunaan
sesuatu bahan agar mereka dapat memahami konsep matematik yang sedang
dipelajari. Dalam topik jisim, untuk Standard Kandungan 11.2
Menimbang dalam unit gram dan kilogram di bawah tajuk (i) Menimbang
dan merekod jisim sesuatu objek dalam gram dan kilogram, guru akan
menggunakan Alat Penimbang Berat dan akan menimbang apa sahaja objek
ringan yang terdapat di dalam bilik darjah contohnya pemadam papan
tulis, buku teks, botol air, kasut, buku tulis dan sebagainya lagi.
Guru akan menunjuk cara terlebih dahulu kemudian murid akan diajar
bagaimana melakukannya dan bagaimana merekodkan hasil dapatan
masing-masing. Dengan kaedah learning by doing ini juga, murid akan
dapat menguasai, memahami malah mengaplikasi konsep jisim ini dengan
baik.
CADANGAN
PENGGUNAAN BAHAN MANIPULATIF DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
Penggunaan
bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran matematik
adalah sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap guru matematik.
Ini kerana, penggunaan bahan manipulatif ini bukan sahaja membantu
murid memahami konsep sesuatu topik matematik yang diajarkan oleh
guru, malah dapat membantu memudahkan guru dalam bilik darjah. Guru
hanya bertindak sebagai pemudahcara dengan melakukan demo aktiviti
terlebih dahulu sebelum murid melakukannya dalam aktiviti
pembelajaran menggunakan kaedah learning by doing. Untuk melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan manipulatif ini,
guru perlu peka akan keperluan murid serta peredaran zaman. Murid
memerlukan satu sesi pembelajaran yang berkesan untuk memahami konsep
yang diajarkan manakala guru pula perlu mengikut peredaran masa
dengan menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar dan bahan
manipulatif untuk membantu murid memahami dan menguasai konsep
matematik yang diajarkan.
Pihak
atasan seperti Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
perlu berusaha memberi kesedaran kepada semua guru matematik akan
kepentingan penggunaan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dengan mengadakan beberapa kursus atau ceramah
berkaitan penggunaan bahan manipulatif ini, guru akan lebih terbuka
dan berminat untuk menggunakannya serta beralih kepada strategi
pengajaran yang lebih berkesan berbanding cara lama chalk and talk.
Guru-guru perlu diberi kursus bagaimana penggunaan bahan manipulatif
ini boleh merangsang minda murid-murid terutamanya murid tahap 1
iaitu tahun 1 hingga tahun 3 dalam mempelajari matematik.
Walaubagaimanapun, pihak berkenaan perlulah mengadakan kursus-kursus
atau ceramah-ceramah berkenaan berdasarkan Sukatan Pelajaran
Matematik yang terkini. Contohnya, topik-topik yang berkaitan dengan
matematik tahun 2 dan penggunaan bahan manipulatif yang sesuai
mengikut topik-topik tersebut.
Bagi
guru-guru pula, sebagai pendidik mereka mestilah lebih inovatif dan
kreatif dalam bidang pengajaran, apatah lagi bidang matematik adalah
mata pelajaran yang sangat mencabar minda di kalangan kanak-kanak,
terutamanya murid-murid di luar bandar dan pedalaman. Maka, adalah
menjadi tugas guru agar dapat mempastikan murid-muridnya juga tidak
ketinggalan dalam merasai sesi pembelajaran menggunakan bahan
manipulatif. Guru perlu menggunakan bahan-bahan maujud disekitar agar
dapat digunakan dalam aktiviti pengajaran dan dapat membantu murid
memahami konsep matematik yang diajar oleh guru. Contohnya, guru
perlu memikirkan bahan manipulatif yang sesuai untuk mengajar topik
nombor bulat hingga 1000 dengan lebih berkesan. Menggunakan tutup
botol, klip kertas, pensil, cawan kertas pakai buang dan sebagainya.
Untuk
memberi galakan kepada guru-guru yang lain turut sama mengamalkan
sesi pengajaran dan pembelajaran matematik menggunakan bahan
manipulatif, maka guru yang lain iaitu yang telah menggunakan kaedah
tersebut perlu menunjukkan atau membuktikan kepada guru-guru lain
akan kesan penggunaan kaedah tersebut. Contohnya keputusan ujian yang
meningkat, peratusan lulus atau yang boleh melakukan aktiviti dengan
betul adalah lebih tinggi, malah guru juga boleh menunjukkan kepada
guru-guru lain sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan
manipulatif ini di dalam bilik darjah dan melihat atau menilai
sendiri keberkesanannya. Contohnya, guru hanya perlu memilih topik
yang ingin diajar dan menggunakan bahan manipulatif untuk mengajar.
Selain
itu, guru-guru juga perlu mengadakan mesyuarat atau bengkel yang
bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kecekapan selain
bertukar-tukar pendapat dan berkongsi idea sesama guru berkaitan
dengan penggunaan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran matematik. Dengan adanya aktiviti seperti ini maka
guru-guru dapat menggalakkan penggunaan bahan manipulatif itu di
kalangan guru-guru yang lain. Apatah lagi dalam kurikulum pada masa
kini telah bertukar daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
menitikberatkan aspek LINUS dan dalam aspek tersebut guru adalah
digalakkan dalam penggunaan bahan manipulatif dalam pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran matematik amnya. Maka, guru perlu
menggunakan bahan manipulatif dalam setiap topik yang berkaitan serta
bersesuaian.
Bagi
pihak sekolah pula, keprihatinan pihak pentadbir adalah sangat
penting bagi mempastikan agar setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran teras itu adalah berkesan serta memberi impak positif
terhadap murid. Justeru, pihak pentadbiran perlu memperuntukkan
sejumlah sumber kewangan bagi menampung pembelian bahan-bahan
manipulatif yang terdapat di pasaran. Walaupun kosnya agak tinggi
namun ia sangat berbaloi dengan hasil yang diperoleh oleh murid serta
guru-guru terutamanya dalam mata pelajaran matematik.
PENUTUP
Dalam
apa juga sesi pengajaran dan pembelajaran apa-apa sahaja mata
pelajaran, sasaran guru adalah untuk mencapai objektif
pembelajarannya. Contohnya, menjawab dengan tepat empat daripada lima
soalan yang diberikan. Selain itu, guru juga mengharapkan bahawa sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang serta yang telah
dilaksanakannya itu adalah berkesan serta mampu membantu meningkatkan
kefahaman murid terutamanya berkaitan dengan topik yang diajarkan
itu. Malahan, guru juga mahu agar murid dapat memahami konsep topik
yang diajar serta mampu mengaplikasikannya dengan betul. Justeru,
penggunaan bahan manipulatif merupakan jalan paling mudah untuk
mencapai hasrat tersebut, terutamanya dalam proses pembelajaran
matematik di kalangan murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Dengan
menggunakan bahan-bahan manipulatif ini, murid akan lebih memahami
konsep sesuatu topik yang diajar oleh guru. Bahan manipulatif ini
berperanan sebagai medium yang akan membantu guru meningkatkan
kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang agak kompleks
bagi murid-murid berumur 7 hingga 11 tahun. Selain itu, penggunaan
bahan manipulatif ini juga dapat membantu murid-murid menguasai
Kemahiran Kognitif seperti dalam pengkelasan, konsep ruang, konsep
nombor, melakukan proses sains dan membuat penyelesaian masalah. Bagi
murid pemulihan matematik khasnya, penggunaan bahan manipulasi ini
sememangnya memberi impak yang sangat besar terhadap pemahaman dan
pencapaian mereka. Oleh itu, pihak-pihak seperti Jabatan Pelajaran
Negeri dan Daerah serta pihak pentadbir sekolah perlulah peka akan
kepentingan penggunaan bahan-bahan manipulatif ini dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran matematik khasnya. Pihak-pihak tersebut
juga perlu menyedari bahawa penggunaannya juga akan mampu membawa
kepada impak yang positif.
No comments:
Post a Comment